Allahu Akbar! Setelah 28 Tahun Mengkaji Semua Agama, Petinggi Budha Ini Akhirnya Memeluk Islam

Allahu Akbar! Seorang sami (petinggi Budha dari Taiwan) berusia 66 tahun, dengan mantap hati dan tanpa paksaan telah mengambil keputusan memeluk Islam.

Keputusan ini datang setelah 28 tahun dirinya melakukan pencarian kebenaran dan mengkaji semua agama yang ada di dunia ini, dan akhirnya berkat hidayah dan taufik dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, ia menyimpulkan bahwa Islamlah satu-satunya agama terbaik dan paling masuk akal di dunia ini.

Beliau menerangkan bahwa agama Islam satu-satunya yang paling dapat diterima oleh logika, sains dan hujah sehingga menyebabkan dia memutuskan untuk memeluk Islam.

Hadir juga sebagai saksi prosesi syahadat, yaitu Presiden Persatuan Cina Islam Malaysia Cawangan Melaka (Macma), Lim Jooi Soon, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (Maim), Datuk Yaakub Md Amin dan Mufti negeri, Datuk Dr Mohadis Yasin serta jamaah Masjid Cina Krubong Malaka.


Kita doakan beliau di mudahkan oleh Allah Azza wa Jalla dalam sisa hidupnya. Aamin!

المر ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ ۗ وَالَّذِي أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ الْحَقُّ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ

Alif laam miim raa. Ini adalah ayat-ayat Al Kitab (Al Quran). Dan Kitab yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu itu adalah benar: akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (kepadanya). (QS. Ar Ra’d: 1)

الر ۚ كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (QS Ibrahim: 1)